Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan seperjuangan 'Colek Buoh', tetamu-tetamu yang melawati blog kami dan En.Rabiei, pensyarah bagi kursus CSC2100.
![]() |
Saya, Nur Asyiqin Binti Zailani (Uk30212) ingin menge'post' entri bagi pihak saya setelah berminggu-minggu memikirkan tentang tajuk yang sesuai untuk entri saya ni. Saya bercadang (cehh) untuk buat entri pasal novel, memandangkan saya ni boleh lah dikatakan sebagai 'hantu novel' suatu ketika dulu.
Okay stop merapu, mari saya tunjukkan koleksi-koleksi novel yang saya ada (termasuk yang pernah baca dan yang tak sempat baca).
*Ni koleksi novel lama, rupa pun dh tahu lama*
Novel-novel kat atas ni memang dah pernah baca, tapi kalau suruh saya cerita balik mungkin kena recall balik sebab lama sangatttttttttt dah tak baca, dah lupa jalan ceritanya. Kalau sesiapa yang kaki novel pun boleh tahu bila baca tajuk-tajuknya (kena zoom sikit la gambar tu sebab jauh, hehe).
Keluarga saya ni memang suka membaca, tak kisah lah bahan bacaan jenis apa, tapi yang paling 'feberet' novel lah, dari generasi yang besar hingga ke generasi yang kecik (bagi generasi kaum hawa), terutama yang kecik, bila tengok kami tengah 'melayan' perasaan, mulalah dia pun nak membaca sama.
Bagus jugak sebenarnya bila yang kecik nak sama membaca, kira kami yang besar ni bagi contoh yang baik lah ek (tangan kat bahu mata ke atas). Tapi lagi bagus kalau bahan bacaan tu buku-buku ilmiah (ayat tokmak saya) ehem.
Seterusnya, saya akan sajikan mata-mata para pembaca (cehh) dengan koleksi lain. Yang ni terbaru sikit, 'kaki novel' & 'karya seni', saya memang penggemar 'jenama' novel-novel tu sebab cerita dia pun cerita ala-ala remaja 'gitew', haha.
![]() |
*Novel-novel 'kaki novel' & 'karya seni'*
'superb best!'
|
*Novel-novel 'kaki novel'*
Yang memang hantu novel tu saya, sepupu dengan makcik nombor dua, saya panggil dia 'cikja' dan sepupu tu saya panggil dia 'kaklong' (abaikan panggilan-panggilan tu sebab saja nak panjangkan ayat). Kami selalu pergi kedai buku 'popular' sebabbbbbbbbb nak cari novel terbaru, haha.
*Cikja & kaklong*
like mother like daughter
Saya nak tunjukkan LAGI (amboi) koleksi novel yang saya rasa paling tebal yang pernah saya baca, bak kata omputehnya 'the thickest novel i've ever read' (mak jah speaking hey mak jah). Novel-novel ni Melur Jelita yang buat, jalan ceritanya sangat menarik walaupun tebal macm 'kamus dewan edisi ke 4'. Berminggu jugak lah nak menghabiskan novel ni.
![]() |
*Tebal tak tebal tak* |
Sekarang ni semua orang dah tahu kan banyak cerita di adaptasi dari novel-novel. Bagi saya, ada yang best, ada jugak yang tak 'kena' dan tak berapa best. Salah satu novel yang saya minat sangat sangat, tapi bila dijadikan novel, rasa 'terkilan' lah jugak sebab tak se-best yang saya bayangkan masa baca novel tu. Novel yang saya maksudkan adalah...... (jeng jeng jeng)
*Novel ombak rindu & Cinta, tiada akhirnya*
Bunga tu sebagai hiasan semata-mata.
Novel Ombak Rindu yang ni cover baru.
Ala semua orang mesti tahu cerita ni, Aaron Aziz & Maya Karin berlakon tu. Cerita dia memang best, tapi kalau sesiapa yang pernah baca novel Ombak Rindu dengan sambungannya, mesti lagi best sesangat (berani potong kuku).
'Ombak Rindu' ni ada dua lagi novel yang bersambung 'Cinta, tiada akhirnya' & 'Rindu Cintaku' (yang novel 'rindu cintaku' tu pinjam orang). Yang filem tu tak ada kesinambungan dari 'Ombak Rindu' sebab tu tak best (suka hati je).
Haa, cerita pasal adaptasi-adaptasi ni, novelis yang sekarang ni jadi 'feveret' saya iaitu Evelyn Rose, novel dia nak masuk akasia tv3 7.00 malam nanti (promote sikit, tengok tau). Novel ni dah mengatasi novel Ombak Rindu yang dulunya saya minat.
Saya pun tak pasti saya suka novel ni sebab cerita dia best ke sebab orang yang bagi novel ni orang yang 'special' (ehemmmm abaikan) haha, tapi sejujurnya saya memang suka cerita yang novelis ni buat, simple, tapi sangat menarik. Novel yang saya maksudkan adalah................. (jeng jeng jeng)
*Novel asal*
tgk cover pun dah tahu best hehe
Evelyn Rose juga rajin update dan memulakan novel-novelnya dari menulisnya di blog dan kemudian dibukukan menjadi novel. Kepada sesiapa yang nak follow blog beliau, sila klik pada link ini: http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/
*Promote promote*
Lastly, izinkan saya menghabiskan koleksi novel yang terakhir, dimana novel ini adalah novel terbaru yang ditulis oleh rakan kepada makcik saya yang ketiga yang saya panggil cikti. Cover depan novel ni sangat cantik dan sangat 'cute', tapi belum ada kesempatan untuk saya membacanya, tidak mengapalah wahai melati (abaikan). Novel cantik yang saya maksudkan ialah.....
*Novel Kerana Dia Ratu Sehari*
cute kan?
Sebenarnya ada lagi novel yang saya tak tunjukkan, tapi cukup lah yang ini saja, takut kalau tunjuk semua tak tahu bila nak habiskan cerita. Mungkin ada yang terdetik di hati 'kenapa tak jual je novel-novel tu, boleh jugak buat duit'. Oleh sebab mengumpul dan membaca novel adalah antara hobi saya dan keluarga, tak salah rasanya jika ia dijadikan sesuatu barang yang disimpan dan dijaga rapi. Kalau nak jual, tak ada apa lah yang nak dipanggil hobi.
Dengan berakhirnya gambar novel cute tersebut, maka berakhirlah kisah saya yang berkenaan dengan novel-novel saya. Akhir kata, jika ada tersalah bicara, susun sepuluh jari mohon diampuni. Sejujurnya saya tak pandai nak tarik perhatian orang bila bab-bab membaca ni (walaupun suka membaca). Harap ada lah yang tertarik dengan kisah saya ni dan sudi membacanya sampai habis, hehe. Sampai disini saja, semoga cerita saya ini dapat menambat hati si pembaca sekalian.
Sekian,
Eqinzailani
(uk30212)
No comments:
Post a Comment