Monday, 27 January 2014

ukhuwah itu indah (individu)



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat kawan2 yg sudi mngunjungi blog 'colekbuoh'.. Haaa kini tibalah giliran sy Nur Kaiyisah bt Abu Bakar ber'uk30219' utk melaksanakan tanggunggjawab sy sekaligus
mengakhiri post entri bg pelajar perempuan dlm group ini.hurmm terfikir jgak sy nk cerita tentang ape untuk di'sajikan' kpd pembca2 sekalian dan kpd En.Rabie sebab En.Rabie nak cerita original bru la best,xnak la kopi-kopi pasta(copypaste) ni ekk..

setelah berabad-abad(lama kott) sy memikirkannya,akhirnya terlintaslah dek fikiran yang sy akan mencritakan tntang sahabat-sahabat sy.excited gila kott nak cerita tentang mereka-mereka kesayangan sy.. hihihihi(gelak sopan)..

oke,jom sy tunjukkan bberapa gmbar kwan2 sy..hehe


*kawan2 semasa sekolah rendah*


Perkenalan kami bermula  di bangku sekolah rendah saat masing2 mula bljar ABC,kesat hingus pon xpandai lg,pakai tdung pon senget sebelah dan macam2 lah(budak2 la katakan)..hihihi..tapi di sinilah tampat bertapaknya kasih sayang antara kami dan memori kanak2 inilah yang mengukuhkan lagi ukhuwah kami hinggalah sekarang..semoga silaturrahim kekal sampai syurga..

hurmm da habis da cerita budak2 sekolah rendah, sy nk kongsi tentang mereka2 di sekolah menengah pula..


*classmate sy*
Ini pula kawan-kawan saya masa belajar di SMK Nasiruddin Shah dulu..comel-comel semuanya kan...bak kata pujangga.."setiap perkenalan tak selalunya indah". walaupun kadang-kadang ada juga perselisihan faham antara kami, semua itu tak pernah meruntuhkan persahabatan kami malahan menguatkan lagi kasih sayang yang terbina. Kita semua melalui zaman sekolah menengah kan...masa itu kita dah boleh nilai serba sedikit erti kehidupan memandangkan diri semakin dewasa...ketika itulah saya belajar betapa beertinya nilai seorang teman...dan tarasa kehilangan apabila tidak bersama lagi....tapi nak buat macam mana kan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.....habis je SPM, masing-masing dah bawa haluan sendiri...  
                                               *ni la antara kawan2 sy,comel2 kan..hoho*

*sahabat2 karib sy*




*umi,ainzatul,cikgu WES & sy*



Inilah wajah sahabat2 karib sy semasa berada di sekolah menengah,mereka-merekalah yang sentisa menyerikan hari-hari sy..klau tiada mereka,xlengkaplah katakan..memang rindu gila la dekat mereka.. kami bersahabat bagai nak 'rak' sehinggalah masing-masing pergi membawa haluan sendiri dengan harapan yang sama iaitu ingin mengejar cita-cita(In Sha Allah)..Semoga  persahabatan kami tidak berhenti disitu saja..

Walaupun kami semua berpisah namun sy sangat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan lagi sahabat-sahabat yang baik semasa melanjutkan pelajaran di UMT dan sy sangat bersyukur kerana sy ditempatkan bersama dengan salah 1 sahabat sy iaitu Ummi Jatun(UNA SA)..Alhamdulillah ada jugak teman kan..hehe

                                     
*inilah dia budak comel,ummi*

haa lupe plak sy nk bagitahu tentang sahabat sy semasa berada di UMT.. mereka sangat baik,comel,ayu,jelita dan macam-macam lah..hehe..walaupun kami datang dari pelbagai buah negeri dan berbeza latar belakang namun smua itu tak menjejas  pon persahabatan kami..

                                    
*wajah-wajah kesayangan sy*
oleh sebab kami datang dari negeri yang berbeza,mestilah loghat kami lain-lain dan bila dicampurkan jadilah rojak(macam colek buah gitu)..tapi hakikatnya inilah masanya untuk saya belajar loghat-loghat negeri lain..yelaa...selama ni duk cakap loghat sendiri je kan...bak kata pepatah 'jauh perjalanan luas pengetahuan...bila mereka cuba nak cakap bahasa terengganu kadang-kadang pelik je bunyinya..hahahaa...dan begitulah juga bila saya cuba nak cakap bahasa "standard"...tapi nak buat macam mana..lidah dah biasa dengan bahasa terengganu...nasib baiklah dapat belajar di negeri sendiri..

walaupun kami hanya berkenalan tidak sampai setahun tetapi kami akrab bagai 'isi dengan kuku'.. hmm kalau nak kata kami xpernah bermasam muka antra 1 sma lain tipu la kan,alaa masam manja2 jerr.. hahaha.. biase la kan dalam bersahabat perlu la ad garam dan gulanya,barula sempurna acuannya (macam xbtol je ayt ni)..

okela,stakat ini sajelah cerita sy utk shabat2 semua.. harap anda semua terhibur dgn cerita sy yg tdak sberapa ini.. mana yg buruk itu dtang drp diri sy sendiri dan mana yg baik itu dtg drp Allah s.w.t.. sekian terima kasih :) :)


No comments:

Post a Comment