Lukisan... ( Individu )
Assalamualaikum
dan salam satu bloggers semuanya..hari ini bermulalah coretan pertama saya
dalam blog ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang hobi
saya yang terbaru iaitu ‘melukis’..hehee...yang sebenarnya dulu saya ni memang
tak pandai melukis sebab utamanya ‘tak minat’..hehe..nampak macam leceh je tapi
dulu saya suka sangat mewarna..tak kisahlah apa orang nak cakap..macam
budak-budak ke apa ke, tak kisahlah..
Hobi
melukis ni saya mula baru je lagi..tahun ni lah..tak tahulah saya mimpi ke kena
sampuk ke tiba-tiba je tergerak hati nak melukis...dannnn...lukisan pertama
saya........jeng jeng jeng....

Ini dia Inspektor Mauri yang kacak dan bengis, tapi bila saya lukis rosak kekacakannya..hari tu saya belajar satu perkara iaitu nak melukis ni kena ada ‘feel’(perasaan)..huhu..dan rasa teramatlah puas bila dah selesaikan satu lukisan dan apalagi saya kan suka mewarna..curi pensel warna adik dan jadilah seperti ini..Bercakap tentang ‘feel’, sebenarnya saya lukis gambar ni sebab teringatkan arwah ayah saya. Arwah dulu lebih kurang macam ni lah rupa dia, ade misai tebal dan nampak garang tapi sebenarnya arwah sangatlah lembut hatinya....
Ini pula lukisan saya yang kedua..nak lukis yang ni pun ada sebab. Sebabnya ialah kawan saya, Aina Harnena, yang comel sangat ni pernah cakap yang dia minat sangat kat kartun sinichi. Jadi, sempena hari lahir dia dan saya tak tahu nak bagi apa saya lukislah sinichi ni khas istimewa untuk Aina. ‘Surprise’ la konon..huhu..tapi ni 'Sinichi Malaysia' sebab tu warna kulit dia gelap sikit. Kalau 'Sinichi Jepun' tu memanglah cerah.
Potret si gadis sunti
ni pula saya lukis sebab saya rasa bosan tak tahu nak buat apa masa cuti sem
baru-baru ini. Tapi hairan bila saya warnakan potret ini dah tak nampak macam
gadis dah tapi nampak macam kartun. Inilah hasilnya setelah diwarnakan..
Tapi gambar-gambar yang saya lukis ada juga yang tak jadi. Kononnya nak lukis Siti Nurhaliza tapi hasilnya entah anak dara siapa. Tiba-tiba je bulu mata dah jadi macam rumput, lubang hidung pula tak same dua2 belah. Yang terasa kejam sikit bila tengok lubang hidung dia yang sebelah tu macam lubang hidung binatang(lembu). Nak lukis bibir pun payah. Nak baiki balik pun dah terlambat sebab dah tekapkan pensel dengan marker halus. Pasrah jelah tak jadi pun....kesian Siti Nurhaliza habis rosak gambar dia...
Empat lukisan ni jelah
yang saya hasilkan setakat ni. Tak kisahlah lukisan ni lucu ke apa yang penting kepuasan dan kelegaan yang saya rasa bila siapkan semua ni. Lukisan yang paling saya sayang tak ada sebab
keempat-empat lukisan ni saya sayang termasuklah yang tak jadi akhir sekali ni.
Sebenarnya bila berbicara tentang lukisan ni, ada
beberapa perkara yang saya belajar semasa melukis gambar-gambar ni. Salah
satunya ialah kadang-kadang kita boleh mengzahirkan perasaan marah kita melalui
lukisan. Bila saya marah dekat seseorang, saya akan melukis dan alhamdulillah
saya dapat lupakan kemarahan itu bila melukis. Tapi, bergantung pada masa dan
ketika juga, kadang-kadang jadi makin marah pun ada...huhu..Satu perkara lagi
yang saya faham bahagian wajah manusia yang paling susah nak lukis ialah mata.
Sekarang saya faham ada betulnya kata-kata sasterawan yang mengatakan ‘mata
boleh menceritakan semuanya’. Kita boleh faham maksud potret manusia itu bila
menatap matanya.
Sekian coretan saya..(UK30220)......(Nur Anisa Ramly)
No comments:
Post a Comment