Ok, setelah didesak dengan sangat hebat oleh teammate lain, saya yang bernombor UK30221,
Dari kecik lagi mmg kami sekeluarga telah dilatih untuk menyayangi binatang(
Anak pertama saya, yang paling hot sekali laa ni ... BOTET nama dia.. Berwarna kuning berperut buncit. Mcm garfield dia ni .. Suka tidur tanpa amaran. Kadang mase tengah main dengan dia tiba2 dia melesapkan diri .. Rupa2nya dia dah tersadai dalam bilik .. atas katil . siap berselimut. Fuhhh .. Nasib baik dia tak bukak sendiri aircond. Kalo tak, malam tu jugak saya campak Botet kat pasar.. Gerunnn punya pasal...
Inilah Botet.. Si gemuk yang semput..
Botet ni kami kutip kat Kedai Sate Melaka mase dinner kat situ 3 tahun lepas.. Mase jumpe tu dia kecik lagi tapi perut dia memang steady macam tu. Kekal bulat dan seksi. Ekor kontot je. Yg corak spiral kat badan dia tu tak tahu lah plak datang dari mana. Tak sempat lak nak tanya mak dia mase larikan dia dlu. Disumpah barangkali. Dia ni kerek sikit. Tak suka sngt org raba2 dia. Kategori sombong laa kiranya.. Tapi dia ni ade perangai pelik. Dia takut gelap (tlg jgn heboh2, Botet kat sebelah suruh ckp.). Bila siang terserlah lah "ke-kerek-an" dia , tp bila malam .. Bhahahax... Kelam kabut dia larik carik kaki org utk digesel. HAHAHA.. Si gemuk tergugat dengan kegelapan nampaknyaa... Selain itu, beliau juga merupakan seekor kucing yang pemalas dan lebih suka baring dari berjalan. Lagi satu, dia suka pecahkan barang. Sama ada sengaja atau tidak , hanya dia saja yang tahu. Semenjak kehadirannya, teko2 dan barang2 kaca kat umah selalu pecah -..- (paling best skali bila mak aku marah aku bila dia pecahkan barang kaca. Sampai sekarang aku masih tidak mengerti) Mungkin sebab , bila dia berlari terlalu laju ketika bergurau senda dengan kawan2 dia, brake tak makan. Sebab perut besar sangat. Sudahnya, barang2 kat rumah habes pecah. (Nasib baik mak aku sayang kau Tet!)
Ini antara bakat2 terpendam modelling si Botet.
Ok, habis pasal yang kuning2 ke-garfield-an itu. Seterusnya, Anak teruna nombor dua saya. Nama diberi Tamborini. Mengapa Tamborini? Sebab dia lari mcm Lambogini. Laju tak hengat baq ang. Ini dia Tambo yang hot.
Posing habes seksi dah ni.
Abang Tamborini kesayangan ku..
Botet dengan Tambo tengah merebut kasih sayang dan perhatian.
Maaf. Tak banyak gambar dapat disertakan . Sebab dia terlampau gelap. Ini pun amik gambar dia siap letak background putih. Flash pun tak dapat membantu.. Harharhar.. Tambo ni dia manja dan friendly. Dia tak takut org sangat. Yang ini , kami kutip kat Klinik Melawati. Jumpa dia tengah merayau sorang-sorang (sekor-sekor lagi sesuai) sambil membuat muka comel. Kami pun rembat terus bawak masuk kereta. Kat situ tak ada kawasan perumahan, so tak mungkin la its belong to someone. Tanpa ragu-ragu dan rasa bersalah , kami sekeluarga pun membawanya pulang. Muahahaha ... Tambo dengan Botet pandai melepaskan hajat kat toilet tau. Cuma belum pandai flush je. Jangan jealous.
Tambo jugak ade tabiatnya tersendiri. Dia suka bersembang. Tak tahu apa bait-bait bicaranya, tapi asal keluar dari kandang, suara dia paling riuh sekali dok mengiau. Tak tahu lah ape bende yang dia cakap tu. Mungkin dia bercerita tentang pengalaman dia berhari-hari dalam kandang atau dia cerita dia ternampak momok di belakang rumah 2 hari lepas.. atau dia sebenarnya membocorkan rahsia yang Botet dah citer kat dia semalam.. atau..... Erghh terlalu banyak kemungkinan. Biarlah Tambo sahaja yang faham.. Bhahahx....
Seterusnya, ini.... yang paling disayangi dan di anak emaskan. Notty. Kaler kelabu kelabu asap gitu, Bulu kembang-kembang , mata sepet2.. takk.. gurau jer..
Notty is about to sleep.
Notty gives a sexy look.
Notty ni kami bela dari kecik. Kalau ada surat beranak pun, mesti tempat lahir dia alamat rumah saya. Disebabkan dia dibela dari kitten lagi, dia sesangatlah manja. Kalau boleh dia nak tidur dengan tuan dia hari-hari. Tapi tu semua hanya mimpi. Hohohohoo...
Notty ni hasil daripada 'kerjasama' LULU dan JIMBO (dua-dua dah bagi orang). Ni antara gambar-gambar Lulu dan Jimbo.
Lulu dan Jimbo masa kecik-kecik.
Beautiful Lulu
Lulu acah-acah candid
Lulu penat main kejar-kejar.
Jimbo perasan gambarnya sedang diambil. Hahaha..
Lulu unik sebab dia lasak dan ganas. Jimbo pulak manja. Tapi nak bela kucing banyak-banyak sangat pun tak boleh sebab keadaan tak mengizinkan. Lagi-lagi sekarang ni rumah makin kosong. Orang tua bekerja, anak-anak semua dah belajar jauh-jauh. Ini sajalah yang tinggal untuk kami sekeluarga hilangkan tekanan. Kucing-kucing saya juga kebanyakkannya tak ada masalah untuk mandi (dengan air panas). Kucing-kucing jantan pulak semuanya 'disunatkan' untuk mengelakkan gejala membuntingkan kucing-kucing betina jiran dan gejala 'pancut' (kencing sepah-sepah).
Bagi saya, orang yang tak suka kucing, geli dengan kucing, takut dengan kucing (ailurophobia) dan sewaktu dengannya adalah antara orang-orang yang rugi sebab kucing ni sangat-sangat manja dan kadang-kadang kemanjaan mereka, telatah mereka dapat memisahkan kita seketika dari beban stress. Kecuali kalau kucing mati kena langgar, atau waktu nak mandikan kucing dengan air sejuk. Perghhh tu memang stress. Huhhh..
Akhir sekali, saya sertakan dengan beberapa keping gambar 'ex' kucing saya (Miss you guys.. Sobs Sobs...) yang masih ada dalam simpanan.
KENIT. Kucing yang paling fotogenik pernah dibela.
PLENCOT & PLENCIT. Diorang suka tidur dalam kasut.
KUNING. Kucing paling mafia dan palng rapat.
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum... :)
UK30221
No comments:
Post a Comment