Monday, 9 December 2013

Entri first saya! Yay! (Individu)

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan...

     Terima kasih kepada Encik Zaim yang telah menge'post' entri-entri sebelum ni dan Cik Ummi yang memasukkan entri secara tak rasmi dan 'menggerakkan' blog ni. Kini, tibalah giliran saya AINA HARNENA BINTI HAMIDON, UK30218 memulakan entri bagi pihak sebelah perempuan. Haha. Cerita sendiri, original daripada ladang.

     Saya akan tulis pasal pengalaman saya ke SMK Pulau Gaya, Sabah. Masa tu pergi dengan sekolah. Kira lawatan sambil belajarlah. Walaupun ni cerita lama tapi masih segar diingatan ini. Tiba-tiba rasa rindu dengan Sabah. Haha.

     Sabah... Negeri Di Bawah Bayu. Pulau-pulaunya memang indah tak terkata. Orang kat sana pula baik-baik dan peramah. Walaupun bandar Kota Kinabalu sentiasa sibuk, tapi masih nampak awesome!

     Nak dijadikan cerita, masa tu saya belajar kat SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. Sekolah ada buat rombongan sambil belajar ke SMK Pulau Gaya Sabah. Lepas balik sekolah dan para lelaki dah sembahyang Jumaat, kami pun berkumpul kat sekolah dan bertolak ke LCCT. Agak jauhlah sebenarnya LCCT dengan sekolah saya ni. Sejam baru sampai LCCT.

Nama pesawat kami. Yay!

Ni pesawat sebenar. 

     Dah masuk dalam kapal terbang tu, ingatkan dah boleh berlepas terus. Tapi tak tau kenapa. Mungkin ada aral yang saya sendiri tak tau apa. Orang yang bekerja di airport lebih tahu. Sejam jugaklah kami tunggu kat dalam kapal terbang tu. Setelah sejam menunggu, pukul 5 petang, pesawat pun berlepas ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Penerbangan mengambil masa selama 2 jam dan 45 minit.

     
Pemandangan di ruang udara Sabah. =)

     Alhamdulillah... Pesawat selamat mendarat kat KKIA lebih kurang pukul 7.45 petang. Gembira sangat rasa bila dah mendarat. Kemudian, kami terus ke Jesselton Point untuk menaiki bot laju dan menuju ke SMK Pulau Gaya. Masa kat laut tu, tak nampak apa-apa pun sebab dah malam. Gelap gelita je la.


     Kami disambut dengan meriah bila dah sampai kat SMK Pulau Gaya. Lepas buat pendaftaran, kami pun berpamitan ke ruangan beradu kami. Beradu yang tak menahan tuh. Tempat tidur kami kat dalam kelas diorang je. Majlis mengalu-alukan kedatangan kami disambut dengan ringkas tapi seronok. Pengetua memang sempoi habis lah. Disebabkan ni cerita masa saya form 4 dulu, jadi saya terlupa apa nama pengetua sekolah tersebut. Haha. Yang penting pengetua diorang best.

Pengetua SMK Pulau Gaya yang sempoi. 

Wajah-wajah fasi.

     Fasi-fasi ada buat aktiviti untuk kami. Buat katak daripada pasir, selesaikan crossword puzzle yang memang kacang, dan yang paling penting, kami belajar tarian orang Bajau Laut iaitu Igal-Igal. Comel sangat tarian tu. Fasi-fasi buat memang jadi. Kami pun ikut menari tapi... Hmm... Memang berterabur habis!

     Ni cerita masa semua dah tidur. Kami, pelajar-pelajar wanita rancak bersembang dengan kawan masing-masing, tiba-tiba.. Tepat pukul 12 malam, lampu terpadam. Semua terdiam. Lepas tu, ada fasi datang cakap yang kat Pulau Gaya tu sebenarnya elektrik ada daripada pukul 6 petang sampai pukul 12 malam je. Oh.. Patutlah.. Hampir kena serangan jantung saya dibuatnya. Haha!

     Malam tu memang sangatlah panas. Kat laut kan... Kalau malam, laut panas. Dengan takde kipasnya... Adoi.. Macam tidur kat dalam oven. Berpeluh seluruh badan. Ada pula yang tidur berdengkur, main dengan gigi, mengigau dan banyak lagilah sampai tak lena tidur saya dibuatnya. LOL

     Keesokan paginya... Kami bangun kira-kira pukul 5 pagi. Lepas dah bersihkan diri dan solat subuh, kami pun menunggu untuk bersarapan. Ada yang mengambil kesempatan tersebut untuk ronda-ronda sekolah terapung tersebut. Saya pula pergi ke hujung jeti sekolah untuk melihat matahari pagi. Subhanallah~ Memang sangat indah pemandangan di Pulau Gaya pada waktu pagi. Gunung Kinabalu dengan jelasnya nampak daripada tempat saya berada. Kat Sabah ni lain sikit macam kat Semenanjung. Kalau kat Semenanjung, pukul 6.30 pagi gelap lagi. Kalau kat Sabah, 6.30 pagi tu dah cerah dah. Sebenarnya, ni berdasarkan apa yang orang beritahu kepada sayalah, Sabah sebenarnya sejam lebih awal berbanding Semenanjung. Tapi sebab nak samakan zon masa, jadi waktu Sabah, Sarawak dan Semenanjung sama. =)

Kalau tengok betul-betul, nampak Gunung Kinabalu.

On da way nak gi Jesselton Point. Gunung Kinabalu tuuu hah.

Jambatan Tamparuli~ =D

Barangan yang dijual kat Kundasang.
Rambang mata wooo~

     Lepas sarapan, kami membuat lawatan ke beberapa tempat yang menarik di Sabah. Destinasi pertama kami ialah melawat "Fish Spa" di Ranau. Yang menariknya kat sini, ikan yang akan mengurut kaki kita bukannya macam ikan biasa yang kecil-kecil tu. Tapi, ikan tagal ni besar. Lebih kurang macam ikan cencaru. Mula-mula nak masuk dalam tu macam takut sikitlah. Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi, saya pun join kawan semua masuk ke sungai tersebut. Masuk je kaki kat dalam sungai, ikan menyerang!! Geli sangat. Betul-betul geli. Bila ikan tu gigit, sakit jugaklah. Ikan-ikan tersebut suka gigit ibu jari kaki. Sebenarnya, sedap jugak ikan tu mengurut. Di samping itu, kita pun boleh bagi makanan kat ikan-ikan tagal tersebut.

Peserta diberi briefing mengenai Tagal.

Nampak tak ikan Tagal tersebut?
*Credit to the owner of this picture*

     Seterusnya, kami ke Kolam Air Panas Poring. Luas juga tempatnya. Kami dibenarkan membuat dua aktiviti iaitu mandi di kolam air panas ataupun ke jambatan gantung. Saya memang nak sangat naik jambatan gantung. Tapi sayang, mungkin saya terlambat, semua dah pergi ke jambatan gantung. Aww~ Sedih sangat rasa. Saya pun tiada pilihan lain dan pergi ke kolam air panas. Saya tak mandi pun dalam kolam air panas tu. Rendam kaki je. Tapi rendam kaki pun, seronok juga. Sengal-sengal otot kat bahagian kaki tu dah tak rasa bila rendam dalam air panas. Air panas di Poring ni mengandungi sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan. Pendaki-pendaki yang baru turun daripada Gunung Kinabalu disyorkan untuk berendam di sini supaya sengal-sengal yang terasa di badan hilang.

Kolam air panas Poring.
*Credit to the owner of this picture*

     Selepas berseronok di Poring, kami pun bergerak ke Kundasang War Memorial. Taman ini dibina bertujuan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban semasa Perang Dunia ke-2. Ada 4 jenis taman yang terdapat di War Memorial mewakili tanah air mangsa-mangsa yang terkorban iaitu Australian Garden, English Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden. Kat Contemplation Garden ni ada senarai nama mangsa-mangsa yang terkorban dan juga kolam yang panjang.

War Memorial, Kundasang.
*Credit to the owner of this picture*

     Destinasi kami seterusnya dan yang terakhir ialah Kinabalu Park. Sebenarnya masa kat Kundasang War Memorial, langit dah gelap. Gelaaaaap macam dah nak malam. Sampai je kat Kinabalu Pak, hujan turun dengan lebat. Tapi digagahkan juga diri ini meredah hujan dan keluar daripada bas. Walaupun Gunung Kinabalu memang berada di depan mata. Tapi malangnya awan tebal menutupi Gunung Kinabalu. Mungkin Allah nak menunjukkan kebesarannya, alhamdulillah! Saya bersyukur sangat sebab tiba-tiba awak bergerak ke tempat lain dan menampakkan Gunung Kinabalu yang terkenal di seluruh dunia. Kami pun mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan.

     Malam tu, sebelum Isyak, kami dijamu selera dengan masakan kaum Bajar Laut. Yang menarik perhatian saya, ada rumpai laut yang original punya dicampurkan bersama sambal belacan. Mula-mula memang takut jugalah nak makan. Tapi bila dah rasa... *krikkrik* Senyap seribu bahasa. Memang sedap! Rasa macam nak menangis pun ada juga kot sebab sedap sangat. Sedap... Sangat... Sedang sedap makan, tiba-tiba lampu semua terpadam. Tiba-tiba lagi, ada orang menyanyi lagu 'Happy Birthday' dan fasi keluar beramai-ramai sambil membawa kek. Sebenarnya time tu birthday adik saya. Untunglah dia... Mungkin rezeki dia dapat sambut hari lahir kat tempat orang dan ada surprise lagi. Malam tu berakhir dengan indah dan kepenatan yang melampau sebab seharian berjalan.

     Hari terakhir kami di SMK Pulau Gaya. Sedihnya rasa. Pagi tu, kami dibawa ronda-ronda satu SMK Pulau Gaya. Sekolah yang sangat simple tapi ceria. Perpustakaannya bukanlah macam perpustakaan macam sekolah kita. Tapi, pelajar masih boleh mendapatkan informasi tentang pelajaran dan juga dunia luar. Seronok dan bertuahnyalah pelajar SMK Pulau Gaya sebab dapat belajar sambil melihat pemandangan laut yang biru dan jernih. 

     Lepas tu, ada aktiviti ni memang best sangat. Antara aktiviti kegemaran saya. Aktiviti tersebut ialah terjun ke laut dari atas jeti. Semangat nak masuk laut tu memang membuak-buak. Kami dinasihatkan untuk memakai jaket keselamatan pada mulanya. Ye la... Mana tau jadi apa-apa. Bila dah biasa kat dalam air, saya pun buka jaket keselamatan tersebut. Bebasnya rasa bila dah tanggalkan jaket keselamatan. Baru rasa mandi laut dengan sebenar! Agak dalam jugalah laut tu sebenarnya. Memang menyeronokkan bila mandi laut beramai-ramai.

Mandi laut beramai-ramai. Awesome!

Lompat daripada jeti.

     Selepas berkemas dan selesai majlis penutup program, kami pun meninggalkan SMK Pulau Gaya. Sedih memang ya sebab nak tinggalkan kawan-kawan yang ada kat sekolah tersebut dan pemandangan laut yang jernih. Banyak kenangan dan pengajaran yang kami perolehi sepanjang berda di sekolah tersebut.

Fasi-fasi melihat kami pergi. Sedihnya~ T_T

     Sebelum ke KKIA, kami singgah ke Pasar Filipin dan Jalan Gaya untuk membeli buah tangan. Barang-barang kat situ memang murah dan harga boleh dirunding dengan peniaga untuk merendahkan harganya. Boleh tawar menawarlah senang cerita. Mutiara memang terkenal kat Sabah. Kat Pasar Filipin dengan Jalan Gaya, memang penuh dengan orang yang jual mutiara dan batuan-batuan mineral semulajadi yang cantik macam ruby, tiger's eye, sapphire dan banyak lagi. Ikan kering, ikan masin, sotong kering, makanan laut yang segar daripada laut pun banyak dijual. Kalau nak datang Sabah, kena bawak duit banyak sikitlah ye.






     Selepas puas membeli-belah, tiba masanya kami meninggalkan Negeri Di Bawah Bayu ini. Tepat pukul 3 petang, kami pun menaiki kapal terbang dan berlepas ke LCCT. Banyak lagi pengalaman yang tak dapat saya nak cerita. Kalau nak cerita pasal pengalaman saya selama 3 hari 2 malam di Sabah, belum tentu 3 hari 2 malam saya habis cerita. Haa~ Yang penting, saya rindu sangat dengan Sabah dan berharap saya akan dapat ke Sabah lagi. 

     Satu perkara yang dapat saya pelajari sepanjang berada di SMK Pulau Gaya ialah bersyukur dengan apa yang saya ada. Maksud saya di sini dari segi kemudahan persekolahan. Kita belajar waktu siang kan? Kadang-kadang bila ada kipas pun kita merungut panaslah... Macam-macam lagi. Pelajar kat SMK Pulau Gaya tak merungut panas pun walaupun mereka tiada bekalan elektrik pada waktu siang. Ya. Mungkin mereka sudah biasa. 

     Pergi ke Sabah selalu memberikan pengalaman yang baru dan menyeronokkan kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang... Macam mana nak cakap eh? Sabah ni negeri yang memang tak bosanlah kalau pergi banyak kali pun. Kota Kinabalu pun dah maju, lebih menarik, Kota Kinabalu berdepan dengan laut. Tempat yang paling saya suka ialah di kawasan Kundasang. Sejuuuuuuuk je rasa kat situ. Udara pun nyaman sangat. Disarankan untuk rakan-rakan yang nak datang Sabah, terutamanya yang sukakan gunung-ganang dan udara segar, datanglah ke Kundasang. Yang sukakan sinaran matahari, laut yang membiru, pilih je pulau-pulau mana yang nak pergi sebab banyak pulau yang terdapat di sekitar KK.

     Sekian, terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. =)

     

     

     




     


     

     

     




     
     



     

2 comments:

  1. nnti kita ramai2 pegi sana plak..hrap2 ade yang nk support tiket pegi balik k..hehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi ramai2 boleh... Tiket pergi balik tu... Terpaksa la diri sendiri yg support. =D

      Delete