Sunday, 29 December 2013

Koleksi-koleksi Novel (Individu)

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan seperjuangan 'Colek Buoh', tetamu-tetamu yang melawati blog kami dan En.Rabiei, pensyarah bagi kursus CSC2100. 


   Saya, Nur Asyiqin Binti Zailani (Uk30212) ingin menge'post' entri bagi pihak saya setelah berminggu-minggu memikirkan tentang tajuk yang sesuai untuk entri saya ni. Saya bercadang (cehh) untuk buat entri pasal novel, memandangkan saya ni boleh lah dikatakan sebagai 'hantu novel' suatu ketika dulu.


  Okay stop merapu, mari saya tunjukkan koleksi-koleksi novel yang saya ada (termasuk yang pernah baca dan yang tak sempat baca).


*Ni koleksi novel lama, rupa pun dh tahu lama*


  Novel-novel kat atas ni memang dah pernah baca, tapi kalau suruh saya cerita balik mungkin kena recall balik sebab lama sangatttttttttt dah tak baca, dah lupa jalan ceritanya. Kalau sesiapa yang kaki novel pun boleh tahu bila baca tajuk-tajuknya (kena zoom sikit la gambar tu sebab jauh, hehe).


  Keluarga saya ni memang suka membaca, tak kisah lah bahan bacaan jenis apa, tapi yang paling 'feberet' novel lah, dari generasi yang besar hingga ke generasi yang kecik (bagi generasi kaum hawa), terutama yang kecik, bila tengok kami tengah 'melayan' perasaan, mulalah dia pun nak membaca sama. 



*Ni koleksi di Terengganu, kebanyakkannya novel lama*
(abaikan moderm wifi dan kotak game pakcik saya)


  Bagus jugak sebenarnya bila yang kecik nak sama membaca, kira kami yang besar ni bagi contoh yang baik lah ek (tangan kat bahu mata ke atas). Tapi lagi bagus kalau bahan bacaan tu buku-buku ilmiah (ayat tokmak saya) ehem.

  Seterusnya, saya akan sajikan mata-mata para pembaca (cehh) dengan koleksi lain. Yang ni terbaru sikit, 'kaki novel' & 'karya seni', saya memang penggemar 'jenama' novel-novel tu sebab cerita dia pun cerita ala-ala remaja 'gitew', haha.



*Novel-novel 'kaki novel' & 'karya seni'*
'superb best!'



*Novel-novel 'kaki novel'*


  Yang memang hantu novel tu saya, sepupu dengan makcik nombor dua, saya panggil dia 'cikja' dan sepupu tu saya panggil dia 'kaklong' (abaikan panggilan-panggilan tu sebab saja nak panjangkan ayat). Kami selalu pergi kedai buku 'popular'  sebabbbbbbbbb nak cari novel terbaru, haha.


*Cikja & kaklong*
like mother like daughter


  Saya nak tunjukkan LAGI (amboi) koleksi novel yang saya rasa paling tebal yang pernah saya baca, bak kata omputehnya 'the thickest novel i've ever read' (mak jah speaking hey mak jah). Novel-novel ni Melur Jelita yang buat, jalan ceritanya sangat menarik walaupun tebal macm 'kamus dewan edisi ke 4'. Berminggu jugak lah nak menghabiskan novel ni.



*Tebal tak tebal tak*



  Sekarang ni semua orang dah tahu kan banyak cerita di adaptasi dari novel-novel. Bagi saya, ada yang best, ada jugak yang tak 'kena' dan tak berapa best. Salah satu novel yang saya minat sangat sangat, tapi bila dijadikan novel, rasa 'terkilan' lah jugak sebab tak se-best yang saya bayangkan masa baca novel tu. Novel yang saya maksudkan adalah...... (jeng jeng jeng)



*Novel ombak rindu & Cinta, tiada akhirnya*
Bunga tu sebagai hiasan semata-mata.
Novel Ombak Rindu yang ni cover baru.


  Ala semua orang mesti tahu cerita ni, Aaron Aziz & Maya Karin berlakon tu. Cerita dia memang best, tapi kalau sesiapa yang pernah baca novel Ombak Rindu dengan sambungannya, mesti lagi best sesangat (berani potong kuku). 

 'Ombak Rindu' ni ada dua lagi novel yang bersambung 'Cinta, tiada akhirnya' & 'Rindu Cintaku' (yang novel 'rindu cintaku' tu pinjam orang). Yang filem tu tak ada kesinambungan dari 'Ombak Rindu' sebab tu tak best (suka hati je).


  Haa, cerita pasal adaptasi-adaptasi ni, novelis yang sekarang ni jadi 'feveret' saya iaitu Evelyn Rose, novel dia nak masuk akasia tv3 7.00 malam nanti (promote sikit, tengok tau). Novel ni dah mengatasi novel Ombak Rindu yang dulunya saya minat. 

  Saya pun tak pasti saya suka novel ni sebab cerita dia best ke sebab orang yang bagi novel ni orang yang 'special' (ehemmmm abaikan) haha, tapi sejujurnya saya memang suka cerita yang novelis ni buat, simple, tapi sangat menarik. Novel yang saya maksudkan adalah................. (jeng jeng jeng)



*Novel asal*
tgk cover pun dah tahu best hehe



  Evelyn Rose juga rajin update dan memulakan novel-novelnya dari menulisnya di blog dan kemudian dibukukan menjadi novel. Kepada sesiapa yang nak follow blog beliau, sila klik pada link ini:  http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/



*Promote promote*



  Lastly, izinkan saya menghabiskan koleksi novel yang terakhir, dimana novel ini adalah novel terbaru yang ditulis oleh rakan kepada makcik saya yang ketiga yang saya panggil cikti. Cover depan novel ni sangat cantik dan sangat 'cute', tapi belum ada kesempatan untuk saya membacanya, tidak mengapalah wahai melati (abaikan). Novel cantik yang saya maksudkan ialah.....


*Novel Kerana Dia Ratu Sehari*
cute kan?


  Sebenarnya ada lagi novel yang saya tak tunjukkan, tapi cukup lah yang ini saja, takut kalau tunjuk semua tak tahu bila nak habiskan cerita. Mungkin ada yang terdetik di hati 'kenapa tak jual je novel-novel tu, boleh jugak buat duit'. Oleh sebab mengumpul dan membaca novel adalah antara hobi saya dan keluarga, tak salah rasanya jika ia dijadikan sesuatu barang yang disimpan dan dijaga rapi. Kalau nak jual, tak ada apa lah yang nak dipanggil hobi. 

  Dengan berakhirnya gambar novel cute tersebut, maka berakhirlah kisah saya yang berkenaan dengan novel-novel saya. Akhir kata, jika ada tersalah bicara, susun sepuluh jari mohon diampuni. Sejujurnya saya tak pandai nak tarik perhatian orang bila bab-bab membaca ni (walaupun suka membaca). Harap ada lah yang tertarik dengan kisah saya ni dan sudi membacanya sampai habis, hehe. Sampai disini saja, semoga cerita saya ini dapat menambat hati si pembaca sekalian.




Sekian,


Eqinzailani
(uk30212)

Friday, 27 December 2013

(Individu)

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua.......sori lambat update blog sebab saya lupa..
Hari ini saya nak ceritakan sikit pengalaman saya pergi menanam pokok bakau di Wetland Kuching National Park....
Wetland Kuching merupakan kawasan paya bakau yang merupakan habitat aktif hidupan liar termasuk buaya dan merangkumi kawasan seluas 6610 hektar dari Laut Sibu hingga ke Sungai Salak...
Ok pendekkan cerita, ini gambar saya masa Form 3 sebab saya pergi tempat tu masa Form 3...


















Lawak tak muka saya....masa tu baru habis PMR jadi begitulah rupanya...
Sambung cerita kami pergi ke  Kuching Wetland menggunakan bas pada pukul 6 pagi...Waktu tu semua excited gila la sebab kami nak pergi ke kawasan habitat buaya jadi kami nak tengok buaya kalau boleh..
Sampai di jeti kami pun dibahagi kepada empat kumpulan supaya menyenangkan tugas cikgu untuk bagi tugasan...saya masuk kumpulan tanam pokok bakau....Tugasan kumpulan lain saya tak tahu sebab saya malas nak tahu..


 


Gambar ni masa kami nak pergi ke tempat menanam anak pokok bakau...best jugak naik bot sebab dapat tengok banyak hidupan liar termasuk buaya di tebing sungai...waktu tu saya sempat tengok buaya tengah santai kat tebing sungai..kecik je buaya tu, mungkin sebab masih muda lagi...
Ini gambar kumpulan saya..sebenarnya ada lagi tapi saya tak ada gambar penuh..jadi ini gambar sebahagian ahli dari kumpulan saya




kami sampai kat tempat tu pukul  9.00 pagi dan tanam anak pokok bakau mengikut arahan pakcik yang bertugas kat sana...penat jugak tanam anak pokok bakau ni sebab kami perlu angkut anak pokok dan bawa ke kawasan menanam baru kami mula menanam..tempat yang berlumpur buatkan kerja menanam lagi payah..pendek katanya kerja menanam ini memang memenatkan..
Proses menanam tu ambil masa lebih kurang sejam sebab ada banyak orang...bila habis je kami menanam kami tengok balik kawasan tu dan bangga sebab kawasan menanam tu penuh dengan anak pokok bakau yang kami tanam...selepas itu kami santai sekejap sambil tunggu bot sampai...
Lebih kurang pukul 10.30 kami pun balik ke jeti....


















Kami diberi jamuan makan oleh pengurus aktiviti..kami makan dengan bersemangat sebab letih dan waktu tu kami sempat tengok 2-3 ekor buaya di seberang jeti tengah santai..selesai makan ada majlis penutup dan kami berangkat pulang pada pukul 11.30 balik ke sekolah...
Itulah pengalaman saya di Kuching Wetland..kawan-kawan semua kalau ada aktiviti ni joinlah sekali sebab aktiviti ini memang best dan kita boleh berbakti kepada alam sekitar dan yang paling penting dapat tengok buaya...
Sekian itu sahaja dari saya.........



Selamat Membaca..........



UK30237...Mohamad Naufal Ikmal Bin Ahmad
Lukisan... ( Individu )

Assalamualaikum dan salam satu bloggers semuanya..hari ini bermulalah coretan pertama saya dalam blog ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang hobi saya yang terbaru iaitu ‘melukis’..hehee...yang sebenarnya dulu saya ni memang tak pandai melukis sebab utamanya ‘tak minat’..hehe..nampak macam leceh je tapi dulu saya suka sangat mewarna..tak kisahlah apa orang nak cakap..macam budak-budak ke apa ke, tak kisahlah..
Hobi melukis ni saya mula baru je lagi..tahun ni lah..tak tahulah saya mimpi ke kena sampuk ke tiba-tiba je tergerak hati nak melukis...dannnn...lukisan pertama saya........jeng jeng jeng....

Ini dia Inspektor Mauri yang kacak dan bengis, tapi bila saya lukis rosak kekacakannya..hari tu saya belajar satu perkara iaitu nak melukis ni kena ada ‘feel’(perasaan)..huhu..dan rasa teramatlah puas bila dah selesaikan satu lukisan dan apalagi saya kan suka mewarna..curi pensel warna adik dan jadilah seperti ini..Bercakap tentang ‘feel’, sebenarnya saya lukis gambar ni sebab teringatkan arwah ayah saya. Arwah dulu lebih kurang macam ni lah rupa dia, ade misai tebal dan nampak garang tapi sebenarnya arwah sangatlah lembut hatinya....


Ini pula lukisan saya yang kedua..nak lukis yang ni pun ada sebab. Sebabnya ialah kawan saya, Aina Harnena, yang comel sangat ni pernah cakap yang dia minat sangat kat kartun sinichi. Jadi, sempena hari lahir dia dan saya tak tahu nak bagi apa saya lukislah sinichi ni khas istimewa untuk Aina. ‘Surprise’ la konon..huhu..tapi ni 'Sinichi Malaysia' sebab tu warna kulit dia gelap sikit. Kalau 'Sinichi Jepun' tu memanglah cerah.

Potret si gadis sunti ni pula saya lukis sebab saya rasa bosan tak tahu nak buat apa masa cuti sem baru-baru ini. Tapi hairan bila saya warnakan potret ini dah tak nampak macam gadis dah tapi nampak macam kartun. Inilah hasilnya setelah diwarnakan..


Tapi gambar-gambar yang saya lukis ada juga yang tak jadi. Kononnya nak lukis Siti Nurhaliza tapi hasilnya entah anak dara siapa. Tiba-tiba je bulu mata dah jadi macam rumput, lubang hidung pula tak same dua2 belah. Yang terasa kejam sikit bila tengok lubang hidung dia yang sebelah tu macam lubang hidung binatang(lembu). Nak lukis bibir pun payah. Nak baiki balik pun dah terlambat sebab dah tekapkan pensel dengan marker halus. Pasrah jelah tak jadi pun....kesian Siti Nurhaliza habis rosak gambar dia...


Empat lukisan ni jelah yang saya hasilkan setakat ni. Tak kisahlah lukisan ni lucu ke apa yang penting kepuasan dan kelegaan yang saya rasa bila siapkan semua ni. Lukisan yang paling saya sayang tak ada sebab keempat-empat lukisan ni saya sayang termasuklah yang tak jadi akhir sekali ni.

            Sebenarnya bila berbicara tentang lukisan ni, ada beberapa perkara yang saya belajar semasa melukis gambar-gambar ni. Salah satunya ialah kadang-kadang kita boleh mengzahirkan perasaan marah kita melalui lukisan. Bila saya marah dekat seseorang, saya akan melukis dan alhamdulillah saya dapat lupakan kemarahan itu bila melukis. Tapi, bergantung pada masa dan ketika juga, kadang-kadang jadi makin marah pun ada...huhu..Satu perkara lagi yang saya faham bahagian wajah manusia yang paling susah nak lukis ialah mata. Sekarang saya faham ada betulnya kata-kata sasterawan yang mengatakan ‘mata boleh menceritakan semuanya’. Kita boleh faham maksud potret manusia itu bila menatap matanya.


Sekian coretan saya..(UK30220)......(Nur Anisa Ramly)  


     

Tuesday, 24 December 2013

My Pets ...... (Individu)

          Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua visitor2 dan reader2 blog ciritbuih ini.. Bhhahahx .. MAAF ! gurau kasar je.. Blog colekbuoh yang sedap ini.. Sedap hingge bersemut2 laptop sewaktu hendak mengupdate entry saya.

          Ok, setelah didesak dengan sangat hebat oleh teammate lain, saya yang bernombor UK30221, yg ayu2 pkai baju hijau kt tepi tu.. aumm aumm... Dengan ini akan mengupdate tentang BELAAN SAYA. Kucing ye ! Harap maklum . Bukan SAKA. 


         Dari kecik lagi mmg kami sekeluarga telah dilatih untuk menyayangi binatang(manusia bersifat binatang dikecualikan dari konteks ini). So, dari kecik memang rapat dengan haiwan2 terutama yang comel seperti kucing. Rasanya sepanjang 18 tahun++ hidup ni dah banyak sngt kucing dah kami bela. Tapi laaa ni ada 3 ekor je.. Semua hero-hero belaka..  

          Anak pertama saya, yang paling hot sekali laa ni ... BOTET nama dia.. Berwarna kuning berperut buncit. Mcm garfield dia ni .. Suka tidur tanpa amaran. Kadang mase tengah main dengan dia tiba2 dia melesapkan diri .. Rupa2nya dia dah tersadai dalam bilik .. atas katil . siap berselimut. Fuhhh .. Nasib baik dia tak bukak sendiri aircond. Kalo tak, malam tu jugak saya campak  Botet kat pasar.. Gerunnn punya pasal... 


Inilah Botet.. Si gemuk yang semput.. 

          Botet ni kami kutip kat Kedai Sate Melaka mase dinner kat situ 3 tahun lepas.. Mase jumpe tu dia kecik lagi tapi perut dia memang steady macam tu. Kekal bulat dan seksi. Ekor kontot je. Yg corak spiral kat badan dia tu tak tahu lah plak datang dari mana. Tak sempat lak nak tanya mak dia mase larikan dia dlu. Disumpah barangkali. Dia ni kerek  sikit. Tak suka sngt org raba2 dia. Kategori sombong laa kiranya..  Tapi dia ni ade perangai pelik. Dia takut gelap (tlg jgn heboh2, Botet kat sebelah suruh ckp.). Bila siang terserlah lah "ke-kerek-an" dia , tp bila malam .. Bhahahax... Kelam kabut dia larik carik kaki org utk digesel. HAHAHA.. Si gemuk tergugat dengan kegelapan nampaknyaa... Selain itu, beliau juga merupakan seekor kucing yang pemalas dan lebih suka baring dari berjalan. Lagi satu, dia suka pecahkan barang. Sama ada sengaja atau tidak , hanya dia saja yang tahu. Semenjak kehadirannya, teko2 dan barang2 kaca kat umah selalu pecah -..- (paling best skali bila mak aku marah aku bila dia pecahkan barang kaca. Sampai sekarang aku masih tidak mengerti) Mungkin sebab , bila dia berlari terlalu laju ketika bergurau senda dengan kawan2 dia, brake tak makan. Sebab perut besar sangat. Sudahnya, barang2 kat rumah habes pecah. (Nasib baik mak aku sayang kau Tet!)


Ini antara bakat2 terpendam modelling si Botet. 

          Ok, habis pasal yang kuning2 ke-garfield-an itu. Seterusnya, Anak teruna nombor dua saya. Nama diberi Tamborini. Mengapa Tamborini? Sebab dia lari mcm Lambogini. Laju tak hengat baq ang. Ini dia Tambo yang hot.
Posing habes seksi dah ni.

Abang Tamborini kesayangan  ku..

Botet dengan Tambo tengah merebut kasih sayang dan perhatian.

          Maaf. Tak banyak gambar dapat disertakan .  Sebab dia terlampau gelap. Ini pun amik gambar dia siap letak background putih. Flash pun tak dapat membantu.. Harharhar.. Tambo ni dia manja dan friendly. Dia tak takut org sangat. Yang ini , kami kutip kat Klinik Melawati. Jumpa dia tengah merayau sorang-sorang (sekor-sekor lagi sesuai) sambil membuat muka comel. Kami pun rembat terus bawak masuk kereta. Kat situ tak ada kawasan perumahan, so tak mungkin la its belong to someone. Tanpa ragu-ragu dan rasa bersalah , kami sekeluarga pun membawanya pulang. Muahahaha ... Tambo dengan Botet pandai melepaskan hajat kat toilet tau. Cuma belum pandai flush je. Jangan jealous

            Tambo jugak ade tabiatnya tersendiri. Dia suka bersembang. Tak tahu apa bait-bait bicaranya, tapi asal keluar dari kandang, suara dia paling riuh sekali dok mengiau. Tak tahu lah ape bende yang dia cakap tu. Mungkin dia bercerita tentang pengalaman dia berhari-hari dalam kandang atau dia cerita dia ternampak momok di belakang rumah 2 hari lepas.. atau dia sebenarnya membocorkan rahsia yang Botet dah citer kat dia semalam.. atau..... Erghh terlalu banyak kemungkinan. Biarlah Tambo sahaja yang faham.. Bhahahx.... 

          Seterusnya, ini.... yang paling disayangi dan di anak emaskan. Notty. Kaler kelabu kelabu asap gitu, Bulu kembang-kembang , mata sepet2.. takk.. gurau jer.. 

Notty is about to sleep.

Notty gives a sexy look. 

              Notty ni kami bela dari kecik. Kalau ada surat beranak pun, mesti tempat lahir dia alamat rumah saya. Disebabkan dia dibela dari kitten lagi, dia sesangatlah manja. Kalau boleh dia nak tidur dengan tuan dia hari-hari. Tapi tu semua hanya mimpi. Hohohohoo...
Notty ni hasil daripada 'kerjasama' LULU dan JIMBO (dua-dua dah bagi orang). Ni antara gambar-gambar Lulu dan Jimbo.

Lulu dan Jimbo masa kecik-kecik.

Beautiful Lulu 

Lulu acah-acah candid

Lulu penat main kejar-kejar.


Jimbo perasan gambarnya sedang diambil. Hahaha..


           Lulu unik sebab dia lasak dan ganas. Jimbo pulak manja.  Tapi nak bela kucing banyak-banyak sangat pun tak boleh sebab keadaan tak mengizinkan. Lagi-lagi sekarang ni rumah makin kosong. Orang tua bekerja, anak-anak semua dah belajar jauh-jauh. Ini sajalah yang tinggal untuk kami sekeluarga hilangkan tekanan. Kucing-kucing saya juga kebanyakkannya tak ada masalah untuk mandi (dengan air panas). Kucing-kucing jantan pulak semuanya 'disunatkan' untuk mengelakkan gejala membuntingkan kucing-kucing betina jiran dan gejala 'pancut' (kencing sepah-sepah). 

          Bagi saya, orang yang tak suka kucing, geli dengan kucing, takut dengan kucing (ailurophobia) dan sewaktu dengannya adalah antara orang-orang yang rugi sebab kucing ni sangat-sangat manja dan kadang-kadang kemanjaan mereka, telatah mereka dapat memisahkan kita seketika dari beban stress. Kecuali kalau kucing mati kena langgar, atau waktu nak mandikan kucing dengan air sejuk. Perghhh tu memang stress. Huhhh..

          Akhir sekali, saya sertakan dengan beberapa keping gambar 'ex' kucing saya (Miss you guys.. Sobs Sobs...) yang masih ada dalam simpanan.

         
Inilah rupa Jimbo tanpa telinga. Hohoo *tak de kerja
PUTIH namanya. Malangnya dah arwah.
KENIT. Kucing yang paling fotogenik pernah dibela.

PLENCOT & PLENCIT. Diorang suka tidur dalam kasut.

KUNING. Kucing paling mafia dan palng rapat.



   Sekian Terima Kasih
   Assalamualaikum... :)



UK30221












Tuesday, 17 December 2013

Puisi untuk teman. (Individu)

Jangan sedih kawan
lenyapkan suara pelemah disisi mu
teruskan bangun!
mara ke hadapan tanpa rasa jemu
jangan mengalah dulu

pesan aku
kalau kau ada rasa pilu
jangan pernah lupa pada Dia itu
yang sentiasa menerima
memberi-menguji

sayangnya Dia pada dirimu.

Puisi ni aku buat untuk sorang kawan aku. Dia rasa down dan ni je yang mampu aku bagi. Maksud aku bukan lah bagi puisi semata-mata, kalau mampu aku bagi semangat aku, aku sanggup serap masuk dalam diri dia. 

Semoga dia terus bersemangat! :) 






-UK30217-

Monday, 9 December 2013

Entri first saya! Yay! (Individu)

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan...

     Terima kasih kepada Encik Zaim yang telah menge'post' entri-entri sebelum ni dan Cik Ummi yang memasukkan entri secara tak rasmi dan 'menggerakkan' blog ni. Kini, tibalah giliran saya AINA HARNENA BINTI HAMIDON, UK30218 memulakan entri bagi pihak sebelah perempuan. Haha. Cerita sendiri, original daripada ladang.

     Saya akan tulis pasal pengalaman saya ke SMK Pulau Gaya, Sabah. Masa tu pergi dengan sekolah. Kira lawatan sambil belajarlah. Walaupun ni cerita lama tapi masih segar diingatan ini. Tiba-tiba rasa rindu dengan Sabah. Haha.

     Sabah... Negeri Di Bawah Bayu. Pulau-pulaunya memang indah tak terkata. Orang kat sana pula baik-baik dan peramah. Walaupun bandar Kota Kinabalu sentiasa sibuk, tapi masih nampak awesome!

     Nak dijadikan cerita, masa tu saya belajar kat SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. Sekolah ada buat rombongan sambil belajar ke SMK Pulau Gaya Sabah. Lepas balik sekolah dan para lelaki dah sembahyang Jumaat, kami pun berkumpul kat sekolah dan bertolak ke LCCT. Agak jauhlah sebenarnya LCCT dengan sekolah saya ni. Sejam baru sampai LCCT.

Nama pesawat kami. Yay!

Ni pesawat sebenar. 

     Dah masuk dalam kapal terbang tu, ingatkan dah boleh berlepas terus. Tapi tak tau kenapa. Mungkin ada aral yang saya sendiri tak tau apa. Orang yang bekerja di airport lebih tahu. Sejam jugaklah kami tunggu kat dalam kapal terbang tu. Setelah sejam menunggu, pukul 5 petang, pesawat pun berlepas ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Penerbangan mengambil masa selama 2 jam dan 45 minit.

     
Pemandangan di ruang udara Sabah. =)

     Alhamdulillah... Pesawat selamat mendarat kat KKIA lebih kurang pukul 7.45 petang. Gembira sangat rasa bila dah mendarat. Kemudian, kami terus ke Jesselton Point untuk menaiki bot laju dan menuju ke SMK Pulau Gaya. Masa kat laut tu, tak nampak apa-apa pun sebab dah malam. Gelap gelita je la.


     Kami disambut dengan meriah bila dah sampai kat SMK Pulau Gaya. Lepas buat pendaftaran, kami pun berpamitan ke ruangan beradu kami. Beradu yang tak menahan tuh. Tempat tidur kami kat dalam kelas diorang je. Majlis mengalu-alukan kedatangan kami disambut dengan ringkas tapi seronok. Pengetua memang sempoi habis lah. Disebabkan ni cerita masa saya form 4 dulu, jadi saya terlupa apa nama pengetua sekolah tersebut. Haha. Yang penting pengetua diorang best.

Pengetua SMK Pulau Gaya yang sempoi. 

Wajah-wajah fasi.

     Fasi-fasi ada buat aktiviti untuk kami. Buat katak daripada pasir, selesaikan crossword puzzle yang memang kacang, dan yang paling penting, kami belajar tarian orang Bajau Laut iaitu Igal-Igal. Comel sangat tarian tu. Fasi-fasi buat memang jadi. Kami pun ikut menari tapi... Hmm... Memang berterabur habis!

     Ni cerita masa semua dah tidur. Kami, pelajar-pelajar wanita rancak bersembang dengan kawan masing-masing, tiba-tiba.. Tepat pukul 12 malam, lampu terpadam. Semua terdiam. Lepas tu, ada fasi datang cakap yang kat Pulau Gaya tu sebenarnya elektrik ada daripada pukul 6 petang sampai pukul 12 malam je. Oh.. Patutlah.. Hampir kena serangan jantung saya dibuatnya. Haha!

     Malam tu memang sangatlah panas. Kat laut kan... Kalau malam, laut panas. Dengan takde kipasnya... Adoi.. Macam tidur kat dalam oven. Berpeluh seluruh badan. Ada pula yang tidur berdengkur, main dengan gigi, mengigau dan banyak lagilah sampai tak lena tidur saya dibuatnya. LOL

     Keesokan paginya... Kami bangun kira-kira pukul 5 pagi. Lepas dah bersihkan diri dan solat subuh, kami pun menunggu untuk bersarapan. Ada yang mengambil kesempatan tersebut untuk ronda-ronda sekolah terapung tersebut. Saya pula pergi ke hujung jeti sekolah untuk melihat matahari pagi. Subhanallah~ Memang sangat indah pemandangan di Pulau Gaya pada waktu pagi. Gunung Kinabalu dengan jelasnya nampak daripada tempat saya berada. Kat Sabah ni lain sikit macam kat Semenanjung. Kalau kat Semenanjung, pukul 6.30 pagi gelap lagi. Kalau kat Sabah, 6.30 pagi tu dah cerah dah. Sebenarnya, ni berdasarkan apa yang orang beritahu kepada sayalah, Sabah sebenarnya sejam lebih awal berbanding Semenanjung. Tapi sebab nak samakan zon masa, jadi waktu Sabah, Sarawak dan Semenanjung sama. =)

Kalau tengok betul-betul, nampak Gunung Kinabalu.

On da way nak gi Jesselton Point. Gunung Kinabalu tuuu hah.

Jambatan Tamparuli~ =D

Barangan yang dijual kat Kundasang.
Rambang mata wooo~

     Lepas sarapan, kami membuat lawatan ke beberapa tempat yang menarik di Sabah. Destinasi pertama kami ialah melawat "Fish Spa" di Ranau. Yang menariknya kat sini, ikan yang akan mengurut kaki kita bukannya macam ikan biasa yang kecil-kecil tu. Tapi, ikan tagal ni besar. Lebih kurang macam ikan cencaru. Mula-mula nak masuk dalam tu macam takut sikitlah. Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi, saya pun join kawan semua masuk ke sungai tersebut. Masuk je kaki kat dalam sungai, ikan menyerang!! Geli sangat. Betul-betul geli. Bila ikan tu gigit, sakit jugaklah. Ikan-ikan tersebut suka gigit ibu jari kaki. Sebenarnya, sedap jugak ikan tu mengurut. Di samping itu, kita pun boleh bagi makanan kat ikan-ikan tagal tersebut.

Peserta diberi briefing mengenai Tagal.

Nampak tak ikan Tagal tersebut?
*Credit to the owner of this picture*

     Seterusnya, kami ke Kolam Air Panas Poring. Luas juga tempatnya. Kami dibenarkan membuat dua aktiviti iaitu mandi di kolam air panas ataupun ke jambatan gantung. Saya memang nak sangat naik jambatan gantung. Tapi sayang, mungkin saya terlambat, semua dah pergi ke jambatan gantung. Aww~ Sedih sangat rasa. Saya pun tiada pilihan lain dan pergi ke kolam air panas. Saya tak mandi pun dalam kolam air panas tu. Rendam kaki je. Tapi rendam kaki pun, seronok juga. Sengal-sengal otot kat bahagian kaki tu dah tak rasa bila rendam dalam air panas. Air panas di Poring ni mengandungi sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan. Pendaki-pendaki yang baru turun daripada Gunung Kinabalu disyorkan untuk berendam di sini supaya sengal-sengal yang terasa di badan hilang.

Kolam air panas Poring.
*Credit to the owner of this picture*

     Selepas berseronok di Poring, kami pun bergerak ke Kundasang War Memorial. Taman ini dibina bertujuan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban semasa Perang Dunia ke-2. Ada 4 jenis taman yang terdapat di War Memorial mewakili tanah air mangsa-mangsa yang terkorban iaitu Australian Garden, English Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden. Kat Contemplation Garden ni ada senarai nama mangsa-mangsa yang terkorban dan juga kolam yang panjang.

War Memorial, Kundasang.
*Credit to the owner of this picture*

     Destinasi kami seterusnya dan yang terakhir ialah Kinabalu Park. Sebenarnya masa kat Kundasang War Memorial, langit dah gelap. Gelaaaaap macam dah nak malam. Sampai je kat Kinabalu Pak, hujan turun dengan lebat. Tapi digagahkan juga diri ini meredah hujan dan keluar daripada bas. Walaupun Gunung Kinabalu memang berada di depan mata. Tapi malangnya awan tebal menutupi Gunung Kinabalu. Mungkin Allah nak menunjukkan kebesarannya, alhamdulillah! Saya bersyukur sangat sebab tiba-tiba awak bergerak ke tempat lain dan menampakkan Gunung Kinabalu yang terkenal di seluruh dunia. Kami pun mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan.

     Malam tu, sebelum Isyak, kami dijamu selera dengan masakan kaum Bajar Laut. Yang menarik perhatian saya, ada rumpai laut yang original punya dicampurkan bersama sambal belacan. Mula-mula memang takut jugalah nak makan. Tapi bila dah rasa... *krikkrik* Senyap seribu bahasa. Memang sedap! Rasa macam nak menangis pun ada juga kot sebab sedap sangat. Sedap... Sangat... Sedang sedap makan, tiba-tiba lampu semua terpadam. Tiba-tiba lagi, ada orang menyanyi lagu 'Happy Birthday' dan fasi keluar beramai-ramai sambil membawa kek. Sebenarnya time tu birthday adik saya. Untunglah dia... Mungkin rezeki dia dapat sambut hari lahir kat tempat orang dan ada surprise lagi. Malam tu berakhir dengan indah dan kepenatan yang melampau sebab seharian berjalan.

     Hari terakhir kami di SMK Pulau Gaya. Sedihnya rasa. Pagi tu, kami dibawa ronda-ronda satu SMK Pulau Gaya. Sekolah yang sangat simple tapi ceria. Perpustakaannya bukanlah macam perpustakaan macam sekolah kita. Tapi, pelajar masih boleh mendapatkan informasi tentang pelajaran dan juga dunia luar. Seronok dan bertuahnyalah pelajar SMK Pulau Gaya sebab dapat belajar sambil melihat pemandangan laut yang biru dan jernih. 

     Lepas tu, ada aktiviti ni memang best sangat. Antara aktiviti kegemaran saya. Aktiviti tersebut ialah terjun ke laut dari atas jeti. Semangat nak masuk laut tu memang membuak-buak. Kami dinasihatkan untuk memakai jaket keselamatan pada mulanya. Ye la... Mana tau jadi apa-apa. Bila dah biasa kat dalam air, saya pun buka jaket keselamatan tersebut. Bebasnya rasa bila dah tanggalkan jaket keselamatan. Baru rasa mandi laut dengan sebenar! Agak dalam jugalah laut tu sebenarnya. Memang menyeronokkan bila mandi laut beramai-ramai.

Mandi laut beramai-ramai. Awesome!

Lompat daripada jeti.

     Selepas berkemas dan selesai majlis penutup program, kami pun meninggalkan SMK Pulau Gaya. Sedih memang ya sebab nak tinggalkan kawan-kawan yang ada kat sekolah tersebut dan pemandangan laut yang jernih. Banyak kenangan dan pengajaran yang kami perolehi sepanjang berda di sekolah tersebut.

Fasi-fasi melihat kami pergi. Sedihnya~ T_T

     Sebelum ke KKIA, kami singgah ke Pasar Filipin dan Jalan Gaya untuk membeli buah tangan. Barang-barang kat situ memang murah dan harga boleh dirunding dengan peniaga untuk merendahkan harganya. Boleh tawar menawarlah senang cerita. Mutiara memang terkenal kat Sabah. Kat Pasar Filipin dengan Jalan Gaya, memang penuh dengan orang yang jual mutiara dan batuan-batuan mineral semulajadi yang cantik macam ruby, tiger's eye, sapphire dan banyak lagi. Ikan kering, ikan masin, sotong kering, makanan laut yang segar daripada laut pun banyak dijual. Kalau nak datang Sabah, kena bawak duit banyak sikitlah ye.






     Selepas puas membeli-belah, tiba masanya kami meninggalkan Negeri Di Bawah Bayu ini. Tepat pukul 3 petang, kami pun menaiki kapal terbang dan berlepas ke LCCT. Banyak lagi pengalaman yang tak dapat saya nak cerita. Kalau nak cerita pasal pengalaman saya selama 3 hari 2 malam di Sabah, belum tentu 3 hari 2 malam saya habis cerita. Haa~ Yang penting, saya rindu sangat dengan Sabah dan berharap saya akan dapat ke Sabah lagi. 

     Satu perkara yang dapat saya pelajari sepanjang berada di SMK Pulau Gaya ialah bersyukur dengan apa yang saya ada. Maksud saya di sini dari segi kemudahan persekolahan. Kita belajar waktu siang kan? Kadang-kadang bila ada kipas pun kita merungut panaslah... Macam-macam lagi. Pelajar kat SMK Pulau Gaya tak merungut panas pun walaupun mereka tiada bekalan elektrik pada waktu siang. Ya. Mungkin mereka sudah biasa. 

     Pergi ke Sabah selalu memberikan pengalaman yang baru dan menyeronokkan kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang... Macam mana nak cakap eh? Sabah ni negeri yang memang tak bosanlah kalau pergi banyak kali pun. Kota Kinabalu pun dah maju, lebih menarik, Kota Kinabalu berdepan dengan laut. Tempat yang paling saya suka ialah di kawasan Kundasang. Sejuuuuuuuk je rasa kat situ. Udara pun nyaman sangat. Disarankan untuk rakan-rakan yang nak datang Sabah, terutamanya yang sukakan gunung-ganang dan udara segar, datanglah ke Kundasang. Yang sukakan sinaran matahari, laut yang membiru, pilih je pulau-pulau mana yang nak pergi sebab banyak pulau yang terdapat di sekitar KK.

     Sekian, terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. =)