Assalamualaikum w.b.t.....
Tibalah giliran saya untuk update
cerita dalam blogs ini... sebenarnya saya tak pandai tulis blogs ni..
Ni pun main sombrono je tulis... ha kan dah keluar bahasa ibunda.
Hehe...
Terlebih dahulu saya nak mintak maaf
kalau cerita saya ni membosankan dan tak masuk dek akal... dah abis
akal saya fikir nak cerita apa dalam blogs ni.. saya nak ceritakan
mengenai KARTUN... hah kenapa terkejut? Ye saya nak cerita pasal
kartun la..
Sebenarnya saya ni penggemar cerita
kartun. Kalau hari cuti je memang saya duduk depan TV je la.. masa
tulis cerita ni pun saya tengah tengok cerita kartun.. hahaha.. Nak
tahu kenapa saya suka tengok kartun.. sebenarnya tak semua cerita
kartun ni beri kesan negatif kepada kita.. Ada juga kartun yang beri
masej positif kepada penonton..
Haa.. ni dia kartun kegemaran saya.. DORAEMON.
Selain kita dapat hilangkan stress, tengok cerita kartun juga dapat hiburkan hati kita.. Saya kagum dengan pengarang cerita ini.. Nak tahu sebab apa...
OK.. Cerita ni diterbitkan sekitar tahun 1970-an.. Sewaktu itu, pengarang kartun ini mampu memikirkan 20abad lebih hadapan.. Beliau boleh memikirkan teknologi masa akan datang.. Ini bermakna beliau berfikiran diluar kotak pemikiran atau 'extra mind'.. Pemikiran seperti ini yang kita perlukan untuk memajukan negara kita..
Teknologi akan datang...
Teknologi-teknologi yang digambarkan dalam kartun ini tidak mustahil akan wujud masa akan datang sekiranya semua orang berfikiran diluar kotak pemikiran..
Doraemon juga sering tunjukkan sifat tolong-menolong yang mana dia sering menolong Nobita yang boleh dikatakan malang ini tanpa rasa bosan...
Saya nak kongsikan rahsia Doraemon yang kita tak ketahui...
- Nama Doraemon sebenarnya berasal daripada dua patah perkataan iaitu dora (kucing jalanan yang liar) dan emon (kata ganti nama jantan dalam bahasa jepun). jadi Doraemon bermaksud kucing jantan liar..
- Doraemon dilahirkan pada 3 september 2112 iaitu tarikh di mana doraemon dihasilkan.
- warna asal doraemon adalah kuning. Setelah mendapat tahu telinganya telah digigit oleh tikus, dia berasa tertekan dan minum ramuan kesedihan. Akibatnya warna kuning itu luntur bertukar ke biru dan suaranya menjadi serak.
Kalau nak diceritakan pasal kartun ni, memang tak cukup satu page.. Saya rasa sampai disini je la saya cerita.. Insya-Allah, kalau ada masa saya ceritakan lagi cerita-cerita yang lagi best daripada ni... Sebelum saya akhiri penulisan saya, saya nak minta maaf la kalau cerita saya ni membosankan... OK.. jumpa lagi di lain cerita...
MUHAMMAD FAZRIN BIN MOHD SANIMIN
UK30215
oh pergh .... i like doraemon yin ni ANAS UK#)@#@
ReplyDelete