Sunday, 16 February 2014

7 Pulau Yang Mempunyai Bentuk Yang Unik (Kumpulan)

Kita sebagai pelajar Diploma Perikanan mempunyai kaitan yang rapat dengan pulau dan semestinya dengan laut. Haa~ Kat sini, nak kongsilah beberapa pulau-pulau yang bentuknya comel dan unik. Mana tahu, suatu hari nanti kita akan pergi ke pulau-pulau tersebut dan melihat dengan sendirinya keajaiban ciptaan Allah.



Pulau Flores, Indonesia
Pulau ni berbentuk ikan dolfin. Comel kan?


Sabah
Sabah sememangnya negeri yang indah. Pulau yang macam ada dua mata dan senyuman ni terletak di kegugusan kepulauan Manukan, Mamutik dan Sulug. 


Kepulauan Spratly
Pulau ni ada kat Laut China Selatan dan bentuknya memang sebijik macam boomerang. Dipercayai kalau kita nak pergi Manila, kita dapat tengok pulau ni.


Pulau Isabella
Pulau ni berbentuk kuda laut. Pulau ini merupakan pulau yang terbesar di kepulauan Galapagos. Tau tak kepulauan Galapagos tu kat mana? Kepulauan Galapagos tu kat Lautan Pasifik. Haaa~



Kepulauan Maldives
Pulau ni nampak macam bentuk mata. Pulau ni terletak di Lautan Hindi dan merupakan sebahagian daripada Kepulauan Maldives.


Kepulauan Sunda, Indonesia
Nampak tak macam ada mulut, mata, hidung dan kepala yang besar kat pulau ni. Bentuk dia ada la macam kartun-kartun sikit. NASA gelarkan pulau ni *sparkling*. Gambar pulau ni, kalau nak tau diambil dengan jarak yang sangat jauh.


Pulau Galesnjak, Croatia
Pulau yang berbentuk hati ni namanya Galesnjak ataupun gelarannya 'Lover Island' ni terletak di Laut Adriatik, Croatia. Pulau ni 100% dimiliki secara peribadi. Kalau nak guna pulau ni, kita kena minta izin dulu denga tuannya. Disebabkan bentuknya yang bukan bentuk macam biasa, pulau ni dah menjadi perhatian di seluruh dunia.


     Demikianlah pulau-pulau yang mempunyai bentuk-bentuk yang menarik di atas muka bumi ni yang boleh dikongsi bersama. Semoga memberi manfaat kepada pembaca. 



Entri second saya! hehe....TAK naklah tiru ayat orang lain (INDIVIDU)..ni tengok>>>>>

Masihkah kau ingat?....... tanggal 4 JULAI 2013


http://www.aljazeera.com/news/middleeas julai.
t/2013/07/20137319828176718.html%23.Uvn6H4dyGXI.blogger&n=President+Morsi+overthrown+in+Egypt+-+Middle+East+-+Al+Jazeera+English Sori link tak tersusun sikit...pandai - pandai korang lah nk tengk ke tak...he

         SALAM...saya tau korang xnak jawab..tkpe2.....maklumat diri saya ye.....ok.....name diberi ANAS bin Abd Rahim, uk30232 , ingat tuh heh...
saya berumur 18 tahun.. eh 19 lah thun ni...saya hidup di dalam rumah dekat dengan pantai...kalau sapa2 nk gi pantai ajak saya jgk eh.....saya tinggal di sebuah negeri di pantai timur MALAYSiA iaitu TERENGGANU... eh doh, doh.... jauh lari dari fakta yang hendak dipersembahkan nih....takpe2 kite smbug balik pengenalan diri saya ini pada waktu yang lain

         NI pada tanggal 4 JULAI 2013 penyokong Islamis daripada Morsi yang telah berkumpul di pinggir bandar Kaherah memberi reaksi marah dengan pengumuman oleh tentera.

         Sesetengah berpecah membuka batu , membentuk timbunan batu. Pengawal keselamatan Ikhwanul Muslimin di topi keras dan memegang batang membentuk kepungan sekitar perkhemahan , berhampiran dengan masjid. Lelaki dan wanita menangis dan melaungkan .

         Mengecam tentera ketua Sisi , beberapa menjerit: " Sisi adalah tidak sah ,Islam akan datang, Kami tidak akan meninggalkan ! "

PERTEMPURAN

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh apabila lawan dan penyokong Morsi bertempur selepas tentera mengumumkan penyingkiran beliau , kata pegawai. Lapan daripada mereka meninggal dunia di bandar utara Marsa Matrouh , termasuk dua orang anggota fources keselamatan.

Tiga orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 cedera dalam Alexandria, agensi berita MENA melaporkan ; seorang wanita ditikam di perut, dan dua orang lelaki dibunuh oleh birdshot .

Tiga orang telah juga dibunuh dan 14 cedera dalam bandar selatan Minya , termasuk dua polis , kata MENA .

Puluhan lagi cedera dalam Fayoum , selatan Kaherah , di mana penyerang tidak dikenali dirompak pejabat-pejabat tempatan Parti Kebebasan dan Keadilan , sayap politik Ikhwan , kata MENA .

Di Tahrir Square Kaherah, pasukan keselamatan dilihat sebagai puluhan ribu penunjuk perasaan anti- Morsi meningkat pada demonstrasi yang dwarfed bahawa penyokong Morsi di Nasr City, di seberang bandar.

' Dilancarkan semula Revolusi'

Bercakap tidak lama selepas pengumuman Sisi ini , pemimpin pembangkang liberal Mohamed El Baradei berkata " 2011 revolusi dilancarkan semula " dan pelan tindakan itu memenuhi permintaan daripada penunjuk perasaan.

KETERANGAN
MENA - Middle East and North Africa Media Development Initiatives Alliance (MENA MEDIA)
 Inisiatif Pembangunan Penyatuan  Media Timur Tengah dan Utara Afrika (MENA MEDIA) menyokong perkembangan media di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara.

PENGAJARAN BUAT KITA DI SINI

          Sentiasalah bersyukurlah negaraku MALAYSIA ,negara kita.. masih dalam keadaan aman dan tenteram.....KESYUKURAN itu amat penting dalam kehidupan.DENGAN syukur itu saya masih dapat belajar sehingga ke hari ini ALHAMDULILLAH...Selain itu, ketaatan kepada pemimpim sangat diperlukan untuk mengelakkan negara dari bergolak dan kucar-kacir tetapi sekiranya pemimpin itu tersasar, kita sebagai rakyat atau penduduk hendaklah menegur pemimpin tersebut......Akhirnya jangan kita percaya, termakan fitnah atau dakyah-dakyah yang melampau dari sumber yang tidak diketahui, dan jangan sesekali juga membuat fitnah kerana ia akan membawa impak yang sangat besar INGAT TUH.....ok itu sahaja dari saya, setakat ini...
         ANAS UK30232

Sunday, 9 February 2014

Cuba tengok, Hati kita ada pada siapa? (Individu)

Assalamualaikum,

SELAGI MASIH ADA TUHAN
SELAGI ITU KITA KENA BERTAHAN

Kan? Ya, saya tahu kita semua bukannya dilahirkan dengan sifat yang gagah berani untuk segalanya sebab kita bukannya manusia yang sempurna daripada atas hingga bawah. Tapi sampai bila kita nak terus menjadi lemah dan ditindas bila diri kita sendiri tak cuba untuk bangkit lawan semuanya. 

Tak dinafikan, kadang-kadang kita selalu lupa yang Tuhan sentiasa ada di setiap masa kita. Bila kita sedih, bila kita gembira, bila kita ditimpa musibah, bila kita rasa kesunyian dan bila kita rasa diperlukan. Tetapi kita sebagai hamba yang kerdil selalu lupa dan terlalu mengharapkan kasih seseorang untuk menghiburkan kita melebihi apa yang Tuhan mampu lakukan. Astagfirullahuazim. 

Mengasihi manusia melebihi kasihnya Tuhan pada diri kita bukanlah satu perkara yang pelik sekarang ini. Mungkin kita sering pandang enteng pada hal ini, tapi sebenarnya jika kita ambil serius tentang hal ini betapa menyedihkannya hati kita ini yang masih lagi belum sepenuhnya kita serahkan kepada Sang Pencipta kita. Ya, Sang Pencipta yang tak henti2 menantikan doa-doa kita untuk dimakbulkan kerana sayangnya Dia kepada kita tak pernah putus, tapi kita? 

source : tumblr

Saya juga masih lagi belajar. Belajar untuk memberikan sepenuh hati saya pada Dia. Belajar untuk mentaati perintahNya. Belajar untuk mensyukuri segala pemberianNya. Kenapa? Kerana dia sebabnya saya masih wujud di bumi ini bersama-sama orang-orang yang saya sayangi. Saya percaya, jika saya terus berpegang pada perintahNya, dia sentiasa akan terus bersama saya. Dan saya juga percaya, jika rakan-rakan terus berpegang padaNya, dia sentiasa menemani kita semua tak kira masa kita senang maupun susah. Alhamdulillah. 

 source : tumblr

source : tumblr


Akhir kata dari saya, Ummi Nazatun Amira bt Saiful Anuar, UK30217,

TINGGALKAN SEKEJAP SOAL HATI
BANYAKKAN INGAT MATI
SUPAYA KITA BOLEH TERSENYUM DI SANA NANTI

Wallahualam. :)

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK (GROUP)



Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

Tuesday, 4 February 2014

KARTUN (INDIVIDU)


 
Assalamualaikum w.b.t.....
 
Tibalah giliran saya untuk update cerita dalam blogs ini... sebenarnya saya tak pandai tulis blogs ni.. Ni pun main sombrono je tulis... ha kan dah keluar bahasa ibunda. Hehe... 

Terlebih dahulu saya nak mintak maaf kalau cerita saya ni membosankan dan tak masuk dek akal... dah abis akal saya fikir nak cerita apa dalam blogs ni.. saya nak ceritakan mengenai KARTUN... hah kenapa terkejut? Ye saya nak cerita pasal kartun la.. 

Sebenarnya saya ni penggemar cerita kartun. Kalau hari cuti je memang saya duduk depan TV je la.. masa tulis cerita ni pun saya tengah tengok cerita kartun.. hahaha.. Nak tahu kenapa saya suka tengok kartun.. sebenarnya tak semua cerita kartun ni beri kesan negatif kepada kita.. Ada juga kartun yang beri masej positif kepada penonton.. 


 Haa.. ni dia kartun kegemaran saya.. DORAEMON.

Selain kita dapat hilangkan stress, tengok cerita kartun juga dapat hiburkan hati kita.. Saya kagum dengan pengarang cerita ini.. Nak tahu sebab apa... 

OK.. Cerita ni diterbitkan sekitar tahun 1970-an.. Sewaktu itu, pengarang kartun ini mampu memikirkan 20abad lebih hadapan.. Beliau boleh memikirkan teknologi masa akan datang.. Ini bermakna beliau berfikiran diluar kotak pemikiran atau 'extra mind'.. Pemikiran seperti ini yang kita perlukan untuk memajukan negara kita..

Teknologi akan datang...

Teknologi-teknologi yang digambarkan dalam kartun ini tidak mustahil akan wujud masa akan datang sekiranya semua orang berfikiran diluar kotak pemikiran.. 

Selain itu, cerita kartun ini juga mampu melahirkan sifat setia kawan dan tolong-menolong dalam diri kita.. Seperti yang ditunjukkan dalam cerita ini, walaupun Nobita sering dibuli oleh Giant, ukhwah antara mereka tetap utuh...

Doraemon juga sering tunjukkan sifat tolong-menolong yang mana dia sering menolong Nobita yang boleh dikatakan malang ini tanpa rasa bosan...


Saya nak kongsikan rahsia Doraemon yang kita tak ketahui...
  1. Nama Doraemon sebenarnya berasal daripada dua patah perkataan iaitu dora (kucing jalanan yang liar) dan emon (kata ganti nama jantan dalam bahasa jepun). jadi Doraemon bermaksud kucing jantan liar..
  2. Doraemon dilahirkan pada 3 september 2112 iaitu tarikh di mana doraemon dihasilkan.
  3. warna asal doraemon adalah kuning. Setelah mendapat tahu telinganya telah digigit oleh tikus, dia berasa tertekan dan minum ramuan kesedihan. Akibatnya warna kuning itu luntur bertukar ke biru dan suaranya menjadi serak.   
Kalau nak diceritakan pasal kartun ni, memang tak cukup satu page.. Saya rasa sampai disini je la saya cerita.. Insya-Allah, kalau ada masa saya ceritakan lagi cerita-cerita yang lagi best daripada ni... Sebelum saya akhiri penulisan saya, saya nak minta maaf la kalau cerita saya ni membosankan... OK.. jumpa lagi di lain cerita... 


MUHAMMAD FAZRIN BIN MOHD SANIMIN
UK30215

Wednesday, 29 January 2014

SAYA (INDIVIDU)


Assalamualaikum wbt.
Salam mahabbah buat kalian yang dikasihi.. Makin kerap pulak ana,MUHAMMAD  ZAIM postkan entri kali ni,heeheheh...Mood berbloging sungguh baik sekali... Walaupun busy sikit,hehehe busy la sangat, namun jiwa ini masih tidak tergugat. Alhamdulillah...kali ana nk crita skit tntang kesah hidup perjalanan ana dari sekolah menengah sehingga lah sampai dapat masuk UMT tuuuu.......cewaahhh
okeylahh..tanpa mmbuang masa lagi,jommm kita saksikannn perjalanan hidup budak hensem,hahhahah  .....JOM3..
Zaman persekolahan:
first jom kite tngok wktu dkt skolah...pengawas tu pnolong pngawas lgi ...hehe

5 ADDIN





klas kmi 12 orng ja (6 boys n 6 girls)..skit kan??tpi macam 30 orang dh bising gilerrr..hahahha
pic ny xckup 12 orng ny..sorang lgi xde, pham2 lar pmaluw orngnya








                                         Boys group...terbaik>>

  klas kmi champion futsal                                           taw...acewahhh







okeyy..wktu dkt skolah dluw ana bergiat aktif dalam ahli kompang formasi...hehehhehe best xterkata..jom kita tngok gmbar skit...ana mnat taw dlam maen kompang formasi ny,tpi skrang dkt UMT ny mcam xhidup ja kompang formasi..hmmmm xpi xpa fokus utama blajar n brgraduate sama rakan seperjuangan..
"JATUH BANGUN TETAP BERSAMA"





  
*kot lar sape2 yang prlukan kmi..just call kami ea..hehhehe
*khidmat kami terbaik..hehhe










>ahli kompang formasi SMKAJ







sekarang ny plak ana nk crita sikit tentang pengalaman ana di sekolah dimana ana merupakan ahli nasyid sekolah SMKAJ......nama kumpulan nasyid ana AR-RaZi..sdap kn??heehehhehh
mula2 tu ana xbrapa sngat dngn nasyid ny..lpas dh msok sbgai ahli nasyid perghhhh terbaik ar, sdap taw lagu2 nasyid ny..orang cakap sebagai ahli nasyid ny kita berdakwah..xmcam pnyanyi2 tu xde pape pon,nothing...xpenah ana lupa kata2 ustazah ana yang ajar arab waktu form 3 tu, dia kata sape2 anak murid ustazah yang jdi pnyanyi ustazah xnk mngaku anak murid ustazah, malh dia juga menempah tiket ke neraka....









#senyuman mu itu semanis titisan madu,
  menenangkan jiwa sanubariku,
  senyum lah dikau seperti rasulullah,
  agar dirimu kan   mndapat barakah,
  Baginda besabda bahwa sesungguhnya
  SENYUM ITU ADALAH SUATU SEDEKAH
  






                                    !@#$%^&*)_+





Zaman Universiti (UMT)
Alhamdulillah ana dapat melangkah masuk Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang diploma perikanan...nk cerita skit mcamna ana bley terjun dalam bidang perikanan ny, mula2 tu xterlintas pon nk masok sini kiranya ana pakai pilih je hehehe....sebab matlamat ana nak masuk UNISZA tapi x tercapai, sdeyyy sngat watu tu :'(  tapi apa kan daya rezeki ana dekat UMT so usahalah habis-habisan...janji sebelah sebelah je umt n unisza,hahhahah
Tapi sebelum masok UMT ny kan...ade ja nk crita ana dah masok form 6 tapi keluar n masuk uitm,arau perlis pon ana keluar jgak dan sekarang maybe xubah dh kot..di UMT...dah cukup merapunya..huhuh jom mari ana tunjukkan seba sedikit kesah di UMT..


We are Fisheries
 mcam imam muda x?????hehhheh

kwan2 sewaktu menjayakan video pendek untuk subjek COM ..best taw>>nk tngok??

"ukhuwah itu indah" . .kopi pasta
Mari kita lihat plak pantai umt...cntek taw, tapi sekrang ny dah terhakis sdeyyy sangatt 

nice pic :)

>aktiviti pantai<

gmbar waktu pagi...SUBHANALLAH

i luv my frend....mmmuahhhh cyg giler nmpk














Rasa2 bnyak lgi ni nak dikongsikan tapi xpa laen kli ana kongsikan yang lebh menarik dan gempak la sangat ...okeylah tima kasih sudi mengunjungi blog kami yang terbaik ny dan sudi membaca entri ana yang ori ny taw bkan kopi pasta ea......IN SHA ALLAH ada sambungan nya...nnntikanlahhhhhh buat hebat bley,haha
"marilah sama2 kita memantapkan muwasafat tarbiyah"



MUHAMMAD ZAIM BIN ZAMRI
UK30227


Tazkirah : Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara,dalam               menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan akhirat yang berkekalan